Tuesday 30 September 2014

Masalah Mengantuk

Posted by Unknown at 20:32 0 comments


Masalah Mengantuk 


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. 

Bagi mengatasi masalah mengantuk, tidur ubat penawar paling mujarab. Tidur bagi manusia adalah hal yang sangat penting. Jika kita kurang tidur atau mengalami gangguan dalam tidur, maka seharian kita akan diselubungi keresahan, keletihan dan tidak bersemangat. Sebaliknya tidur yang cukup dan berkualiti membantu kita memiliki tenaga dan aktif menjalani aktiviti seharian.

Setiap manusia menghabiskan kira-kira sepertiga dari kehidupannya untuk tidur. Menurut kajian, hampir setiap manusia pernah mengalami masalah tidur. Satu dari tiga orang dilaporkan mengalami gangguan tidur dan satu dari sembilan orang memiliki masalah tidur yang cukup serius.

Tidur adalah proses yang amat diperlukan oleh manusia untuk pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak ('natural healing mechanism'), memberi waktu organ tubuh untuk beristirehat selain untuk menjaga keseimbangan metabolisme tubuh. Hal penting yang terjadi pada saat kita tidur adalah menurunnya frekuensi gelombang otak. Jika kita dapat mengatur frekuensi gelombang otak, kita sebenarnya tidak memerlukan waktu tidur yang panjang tetapi tidur yang berkualiti iaitu lelap tanpa mimpi.

Tuesday 19 August 2014

Penyalahgunaan Bahasa dalam Akhbar Tempatan

Posted by Unknown at 21:49 0 comments
Contoh-contoh keratan akhbar yang mengandungi kesalahan bahasa: 

 Penggunaan bahasa rojak dalam berkomunikasi


 Penggunaan bahasa Melayu tidak rasmi


Kenyataan akhbar yang tidak sesuai


 Penulisan dialog yang tidak sesuai

Gambar asal: Google

Tuesday 5 August 2014

#Part:1

Posted by Unknown at 22:20

No matter what is going on in your life, there is a magnificent grand plan waiting for you. Everything in life happens for a reason, even those things that may cause you pain, frustration or uncertainty. It’s all a part of a plan to prepare you for something better. Know that your life is already moving toward a better tomorrow even if you are not aware of it yet. Our life force contains a constant stream of energy ready to guide us to a better place. Listen closely to the stream’s gentle sounds and the plan will reveal itself. 






 

JOURNEY Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos